Tuesday, December 28, 2010

TeMa


Kesusahan yang terpaksa dihadapi semasa penjajahan Jepun dan pendudukan British di Tanah Melayu
-          Maniam telah diseksa oleh orang Jepun semasa disoal kerana mereka tidak mempercayai kata-katanya.
-          Mak Limah yang tua telah ditangkap dan dibawa ke bandar oleh tentera Jepun kerana disyaki bersubahat menentang Jepun.
-          Darurat diumumkan dan pergerakan penduduk terhad.
-          Prinsip kempetai iaitu seksa dahulu baru siasat turut menyeksa penduduk kampung.
-          Cing Huat bimbang akan keluarganya memandangkan tentera Jepun mencari Yew Seng yang disyaki menentang Jepun.

No comments:

Post a Comment