Tuesday, December 28, 2010

pEriSTiWa PenTinG


Keluarga Seman
-          Pak Musa memberitahu Seman bahawa tanah, kebun dan binatang ternakan yang diusahakan bukan milik mereka.
-          Seman berjumpa dengan Tauke Cina Panjang dan mengetahui bahawa harta bapanya telah digadai dan bapanya ada berhutang dengan Cina Panjang.
-          Cina Panjang mengusir Seman dan Mak Limah dari rumah mereka.
-          Seman dan Mak Limah hilang dari Kampung Nyiur Condong.
Keluarga Cing Huat
-          Kim Lock dan Cing Huat berjaya memiliki sebuah kedai dan menjalankan perniagaan.
-          Kim Lock bertemu dengan Mei Hwa dan mula menghisap candu.
-          Cing Huat berkahwin dengan Tua Tao dan mempunyai empat orang anak.
-          Yew Seng menyatakan bahawa bapanya kejam terhadap Seman.
Keluarga Maniam
-          Raman memberitahu Maniam bahawa isterinya telah mengikut Pillay.
-          Maniam berkahwin dengan Malini, anak Perumal.
-          Suppiah menfitnah Maniam bahawa dia telah meninggalkan isterinya sebelum merantau ke Malaya.
-          Maniam telah dihalau keluar dari kampung.
-          Musa membantu Maniam yang dipukul ketika dalam perjalanan mencari kerja.
-          Raman menceritakan perkara sebenar mengenai Maniam kepada Perumal.
Interlok
-          Maniam membantu Seman mendapatkan pekerjaan.
-          Seman dan Mak Limah pulang ke Kampung Nyiur Condong.
-          Tentera Jepun telah masuk melalui Kedah.
-          Kedai Cing Huat telah dirompak sehingga Poh Eng hilang.
-          Yew Seng pulang ke rumah dan berjumpa Lazim serta menyatakan hasratnya menentang Jepun.
-          Maniam ditangkap oleh tentera Jepun dan diselamatkan oleh Inspektor Ramakrisynan, anaknya.
-          Lazim mengadakan rapat umum dan menerangkan keadaan politik negara.
-          Poh Eng dibawa berjumpa dengan Yew Seng di dalam hutan.

No comments:

Post a Comment