Tuesday, December 28, 2010

pErsOaLaN


Kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapanya.
-          Seman amat menyayangi ibunya dan berusaha menjaga ibunya selepas kematian bapanya.
-          Seman berasa amat sedih dan turut mengikut ibunya ke bandar apabila Mak Limah ditangkap oleh orang Jepun. Seman berdoa agar ibunya selamat.
-          Malini tidak berani melawan cakap bapanya, Perumal yang telah menjaganya sejak kecil. Dia hanya menurut segala perintah bapanya walaupun terpaksa berpisah dengan suaminya, Maniam.
-          Inspektor Ramakrisynan berusaha menyelamatkan Maniam yang ditangkap oleh orang Jepun setelah mengetahui bahawa Maniam adalah bapanya.
Sikap suka membantu dalam kalangan masyarakat.
-          Lazim ingin membantu Seman dengan membina sebuah rumah di tanah bapanya dengan bantuan penduduk kampung yang lain juga.
-          Musa telah menyelamatkan Maniam ketika diserang setelah diusir dari kampungnya.
-          Maniam membantu Seman mendapatkan pekerjaan di kebun itu memandang bapa Seman telah menyelamatkannya dahulu.
Sikap rajin dan tidak mengenal erti putus asa yang ditunjukkan menjadi tunjang kepada kejayaan seseorang
-          Sejak merantau ke kota, Kim Lock telah melakukan perbagai pekerjaan. Setelah beberapa hari berada di kota, dia akhirnya dapat bekerja sebagai penarik lanca atas bantuan Paman Kok Leng. Namun, pekerjaan itu amat memenatkan dan hasilnya juga tidak seberapa. Kim Lock kemudiannya bekerja sebagai kuli mengangkat najis yang lebih terjamin. Seterusnya, Kim Lock berjaya membeli sebuah kedai dan menjalankan perniagaan. Kebijaksanaannya dalam pekerjaan membolehkan dia dan anaknya memperoleh hasil yang lebih banyak dan hidup lebih senang.
Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang berpendirian teguh dan berlaku jujur
-         Maniam yang difitnah oleh Suppiah mengenai kisah silamnya terpaksa membawa diri ke tempat lain untuk mencari makan. Akhirnya, Raman membongkar kebenarannya dan Perumal berasa bersalah terhadap Maniam.
Kepentingan pendidikan dalam kehidupan tanpa mengira bangsa dan agama
-          Musa dan Mak Limah tidak mahu menghantar Seman ke sekolah kerana berpendapat pendidikan di sekolah tidak penting memandangkan mereka sendiri tidak bersekolah. Mereka juga berpendapat bahawa pendidikan hanya penting untuk orang Cina yang perlu menulis dan mengira dalam menjalankan perniagaan.
-          Seman berasa sangat rugi kerana tidak bersekolah dan tidak dapat belajar membaca dan menulis sehingga menyebabkan kesukaran kepadanya apabila Cina Panjang menunjukkan bukti surat hutang kepadanya.
Strategi yang diatur dalam usaha mendapatkan kebebasan
-          Yew Seng telah menyertai gerombolan yang diketuai oleh Kong Beng demi membebaskan kampung mereka daripada tentera Jepun.
-          Lazim bersama beberapa orang rakannya telah mengadakan rapat umum untuk menerangkan keadaan politik negara di samping menaikkan semangat mereka untuk mencapai kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment