Tuesday, December 28, 2010

LaTaR


LATAR TEMPAT
Kampung Nyiur Condong – Seman dan Mak Limah tinggal di kampung ini
Sekolah Menengah Simpang Empat – sekolah tempat anak penduduk kampung belajar
Kedai Cina Panjang – Seman dan Mak Limah mengambil barang di kedai ini
Tung San – Kim Lock sekeluarga tinggal di sini
Kebun di Cangkat Janggus – tempat Maniam bekerja

LATAR MASA
Dua bulan selepas kematian Pak Musa – Tauke Cina Panjang menunjukkan surat gadai dan surat hutang kepada Seman. (m/s 54)
Tiga belas hari – tempoh Kim Lock dan Cing Huat belayar di atas kapal (m/s 122)
Julai 1910 – Maniam merantau ke Tanah Melayu untuk mencari wang. (m/s 210)
30 bulan – tempoh Kim Lock dan Cing Huat tinggal di Singapura. (m/s 139)

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang suka menghulurkan bantuan
-          Lazim ingin membantu Seman dengan membina sebuah rumah di tanah bapanya dengan bantuan penduduk kampung yang lain juga.
-          Musa telah menyelamatkan Maniam ketika diserang setelah diusir dari kampungnya.
-          Maniam membantu Seman mendapatkan pekerjaan di kebun itu memandang bapa Seman telah menyelamatkannya dahulu.

Masyarakat yang suka menabur fitnah
-          Suppiah telah menabur fitnah bahawa Maniam telah meninggalkan isterinya dan merantau ke Malaya.

Masyarakat yang bekerja sebagai petani
-          Seman mengusahakan sawah padi untuk menyara keluarga.
-          Sawah padi yang diusahakan oleh Kim Lock musnah akibat serangan belalang.

Masyarakat yang bekerja sebagai kuli di kebun
-          Musa, Maniam dan Seman bekerja sebagai kuli di kebun di Cangkat Janggus.

Masyarakat yang berusaha mencari kerja
-          Maniam, Kim Lock dan Cing Huat telah merantau dan terpaksa meninggalkan keluarga demi mencari wang.
-          Kim Lock pernah bekerja sebagai penarik lanca dan kuli mengangkat najis yang memenatkan sebelum berjaya membeli sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan.

Masyarakat yang kematian ahli keluarga
-          Pak Musa meninggal dunia setelah lama mengalami batuk.Mak Limah menjadi janda dan Seman menjadi anak yatim.
-          Kim Lock, bapa Cing Huat telah meninggal dunia setelah ketagih menghisap candu bersama Mei Hwa.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum
-          Tanah Melayu terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
-          Contoh masyarakat Melayu ialah Musa, Mak Limah, Seman, Lebai Man, Mamat Labu, Lazim, Mat Ranggi, Gayah dan Dukun Pak Utih.
-          Contoh masyarakat Cina ialah Kim Lock, Cing Huat, Paman Kok Leng, Kim Sui, Tua Tao, Yew Hock, Yew Seng, Poh Eng, Poh Kheng dan Kong Beng.
-          Contoh masyarakat India ialah Maniam, Ambika, Perumal, Malini dan Suppiah.

No comments:

Post a Comment