Tuesday, December 28, 2010

GaYa BaHaSa


Sinkof  – penggunaan singkatan kata
·      “ Sebab tak puaslah aku pandang. Kalau dah puas, takkan aku nak pandang lagi? “
(m/s 3)
Simile – perumpamaan atau sesuatu perbandingan menggunakan kata ‘seperti’, ‘bagai’, ‘umpama’ dan ‘macam’
·      Ibunya datang senyap-senyap bagai pencuri. (m/s 12)
·      Bapanya itu ringan macam seberkas jerami padi. (m/s 31)
Simpulan bahasa
·      Lebai Man tersenyum simpul geli hati. (m/s 43)
·      Dia mahu menyimpan wang hasil titik peluhnya yang pertama di negeri asing ini sebagai azimat. (m/s 132)
·      Kim Lock berasa besar hati. (m/s 136)
Hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
·         Hatinya sendiri sudah hancur lebur. (m/s 68)
·         Darah memercik keluar dari jantungnya. (m/s 135)
·         Kim Lock terasa kata-kata itu bagai menggigit hulu jantungnya. (m/s 135)
Personafikasi – pemberian sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa
·         Alam mulai hidup. (m/s 48)
·         Paman Kok Leng mengangguk-anggukkan kepalanya yang bulan itu dan tocangnya melambai-lambai macam ekor kuda. (m/s 110)
·         …….melihat kota yang sedang bermandikan cahaya lampu. (m/s 123)
Bahasa Inggeris
·         Makan lu tak usah gaduh, semua free. (m/s 144)



Dialek Cina
·         “ Tapi gua pikih lu sulah tau. Mapa lu ata manyak hutang sama gua. Lia ata ngalai itu tanah kebun di kuala, tanah kampung tempat lu luluk sikalang, itu tanah sawah juga. “ (m/s 55)
Repitisi – pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki
Pengulangan – pengulangan kata, ungkapan,baris atau rangkap
·      Tetapi suaminya hanya mengatakan tanah itu mereka yang punya, lembu itu mereka yang punya, kampung ini mereka yang punya, dan rumah ini rumah mereka. (m/s 69)
·      Pekikan yang serupa itu selalu benar mereka dengar. Pekikan yang memberikan tanda bahawa sesuatu malapetaka sedang menimpa desa mereka. (m/s 102)

No comments:

Post a Comment