Dialog – perbualan antara dua orang atau lebih
· “ Aku ingat bapamu akan segera sembuh,” kata dukun itu.
“ Saya juga berharap begitu, Pak Utih,” jawab Seman. (m/s 25)
Imbas kembali – peristiwa atau kejadian silam yang digambarkan melalui penceritaan seperti kenangan atau ingatan watak
· “Kalau kau ikut Musa tu,” tengking bapanya ketika dia ingin kahwin lari dengan Musa. “Aku tak akui anak lagi.”……. Dia ingat semua kisah itu seperti baru sahaja berlaku.
(m/s 70,71)
Pemerian
· Maniam masih muda. Umurnya baru mencapai 30 tahun. Badannya tegap dan tulang rangkanya besar, perawakannya tinggi, kulitnya hitam, alis matanya tebal dan anak mata hitamnya segar dikelilingi dengan mata putih yang menjolok. Satu tanda yang amat jelas bagi orang yang pertama kali berjumpa dengan Maniam ialah dia menyimpan misai yang kecil. (m/s 211)
Mimpi – satu cara imbasan. Dalam mimpi, watak mengalami peristiwa lampau atau akan datang secara tidak disedari. Peristiwa itu akan disedari setelah terjaga dari tidur.
· Ketika itu orang baru turun ke sawah. Di merata-rata petak orang bekerja. Ada yang berdua, bertiga satu petak, ada pula yang seorang sahaja. ……. Dengan cepat dia bangun. Dilihat suaminya sudah menelungkup. (m/s 32,33)
No comments:
Post a Comment