Tuesday, December 28, 2010

waTak & peRwaTakan


Keluarga Seman
Seman
-          Anak tunggal kepada Pak Musa dan Mak Limah
-          Berbangsa Melayu
-          Tidak suka terhutang budi dengan orang ramai
-          Seorang yang sangat rajin mengerjakan sawah dan tanah selepas ayahnya jatuh sakit
-          Bertanggungjawab – berusaha menjaga ibunya selepas kematian Pak Musa
-          Sangat menurut perintah dan tidak pernah melawan kedua ibu bapanya
-          Keras kepala
-          Mempunyai pegangan agama yang kuat
-          Tidak bersekolah dan hanya belajar di rumah Lebai Man
-          Pandai mengaji Al-Quran
-          Mempunyai perasaan terhadap Upik, anak Lebai Man
-          Berkahwin dengan Gayah, anak Mat Ranggi
-          MempunyaI empat orang anak

Mak Limah
-          Ibu Seman
-          Seorang yang penyabar
-          Berpegang kepada adat
-          Mempunya cara hidup Melayu asli
-          Bergantung kepada anaknya, Seman
-          Penyayang
-          Dibuang keluarga kerana berkahwin dengan Pak Musa
-          Menjadi janda setelah Pak Musa meninggal dunia

Pak Musa
-          Ayah Seman
-          Seorang yang sangat bekerja keras
-          Dikenali di kampung kerana memiliki harta
-          Menyerahkan tanggungjawab kepada Seman setelah meninggal dunia
-          Terlantar sakit selama lima bulan
-          Berfikiran sempit
-          Pandai menyimpan rahsia

Lebai Man
-          Seorang yang warak
-          Mengajar murid-murid mengaji
-          Bersimpati
-          Merisik Gayah untuk Seman
-          Dikenali di kampung
-          Mempunya anak bernama Upik

Mail Jambul
-          Seorang yang warak
-          Pembantu Lebai Man
-          Digelar Lebai Man Kecil

Lazim
-          Kawan baik Seman
-          Sering mendengar masalah Seman
-          Rajin membantu orang
-          Mempunyai semangat kenegaraan yang kuat
-          Bertugas sebagai seorang guru

Keluarga Cing Huat
Cing Huat
-          Anak tunggal Kim Lock dan isteri
-          Berbangsa Cina
-          Bekerja sebagai pelayan kedai kopi sebelum membantu bapanya berniaga
-          Dikenali sebagai Cina Panjang
-          Seorang yang sangat kuat bekerja
-          Rajin membantu orang yang dalam kesusahan
-          Setia kepada sesuatu pekerjaan dan susah ingin melepaskannya
-          Patuh kepada ayahnya
-          Pandai menulis dan membaca
-          Berhijrah dengan ayahnya ke Tanah Melayu
-          Pewaris kepada kedai runcit
-          Berkahwin dengan Tua Tao, anak Kim Sui
-          Mempunyai empat orang anak (Yew Hock, Yew Seng, Poh Eng, Poh Kheng)
-          Keras kepala
-          Suka mencari wang
-          Ego yang tinggi
-          Mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi dan taat kepada negara China

Kim Lock
-          Ayah Cing Huat
-          Rajin bekerja keras untuk memajukan kedai runcitnya
-          Ketagih terhadap candu sehingga meninggal dunia
-          Duduk bersama Mei Hwa
-          Pandai mencari duit
-          Taat setia kepada negara asal China

Paman Kok Leng
-          Menipu peniaga
-          Orang yang bertanggungjawab membawa semua pekerja Cina dari China hingga ke Tanah Melayu
-          Perwatakan seperti orang kaya

Yew Hock
-          Anak sulung Ciing Huat
-          Seorang yang mendengar cakap
-          Bekerja keras
-          Anak kesayangan Cing Huat
-          Pewaris kedai runcit
-          Membantu bapanya berniaga

Yew Seng
-          Anak kedua Cing Huat
-          Suka berkawan dengan orang Melayu
-          Berani – menyatakan bahawa Cing Huat kejam, menyertai gerombolan menentang tentera Jepun
-          Penyayang – sayang akan adiknya, Poh Eng dan berusaha mencari Poh Eng apabila mengetahui bahawa adiknya hilang
-          Suka memberontak dengan corak pemerintahan
-          Tidak takut akan Jepun
-          Mempunyai kumpulan sendiri
-          Sering menyebabkan ayahnya marah
-          Berkawan baik dengan Lazim
-          Tidak membezakan antara Melayu dan Cina
-          Sayang akan negara

Poh Eng
-          Anak ketiga Cing Huat
-          Sering dipersalahkan oleh bapanya kerana dia seorang perempuan
-          Seorang yang penyabar
-          Sayang akan ibunya, Tua Tao
-          Sayang akan negara
-          Berjuang dan bersembunyi dengan abangnya semasa pemerintahan Jepun
-          Rapat dengan Yew Seng
-          Pandai memasak – memasak untuk gerombolan ketika berada di dalam hutan
-          Mengenang budi – tidak mahu meninggalkan Mak Limah yang telah menjaganya ketika Yew Seng menemuinya

Keluarga Maniam
Maniam
-          Berbangsa India
-          Mempunyai seorang isteri di India tetapi sudah dilarikan
-          Berhijrah di Tanah Melayu
-          Berkahwin dengan Malini, anak Perumal
-          Sangat rajin bekerja sehingga mendapat pujian
-          Tidak pernah berputus asa
-          Sayang akan isterinya, Malini
-          Difitnah oleh Suppiah
-          Menjadi tandil di tempat kerja baru
-          Mempunya seorang anak, Inspektor Ramakrisynan
-          Berkawan baik dengan Musa, bapa Seman
-          Menolong seman untuk mencari kerja setelah ayahnya meninggal dunia
-          Baik hati

Suppiah
-          Menyebar fitnah kepada orang ramai mengenai Maniam
-          Gila akan jawatan dan kuasa
-          Sentiasa memasang niat untuk merebut jawatan Perumal
-          Sering dengki akan kejayaan orang lain

Perumal
-          Ayah mentua Maniam
-          Seorang tandil
-          Sayang akan Malini dan Maniam
-          Mempercayai Maniam
-          Seorang yang menjaga keamanan setempat

Malini
-          Isteri Maniam
-          Sayang dan percaya akan suami
-          Seorang yang setia
-          Rajin bekerja
-          Anak kepada Perumal

Inspektor Ramakrisynan
-          Anak Maniam
-          Seorang pegawai polis
-          Taat kepada ayahnya
-          Sering membantu orang dalam kesusahan

Mak Cik Mariama
-          Seorang yang suka bercakap
-          Jiran kepada Maniam dan Suppiah
-          Tidak sedar akan akibat perbuatannya
-          Suka mengambil tahu hal orang lain

teKniK PenCeRiTaaN


Dialog – perbualan antara dua orang atau lebih
·         “ Aku ingat bapamu akan segera sembuh,” kata dukun itu.
“ Saya juga berharap begitu, Pak Utih,” jawab Seman.   (m/s 25)

Imbas kembali – peristiwa atau kejadian silam yang digambarkan melalui penceritaan seperti kenangan atau ingatan watak
·         “Kalau kau ikut Musa tu,” tengking bapanya ketika dia ingin kahwin lari dengan Musa. “Aku tak akui anak lagi.”……. Dia ingat semua kisah itu seperti baru sahaja berlaku.
(m/s 70,71)

Pemerian
·         Maniam masih muda. Umurnya baru mencapai 30 tahun. Badannya tegap dan tulang rangkanya besar, perawakannya tinggi, kulitnya hitam, alis matanya tebal dan anak mata hitamnya segar dikelilingi dengan mata putih yang menjolok. Satu tanda yang amat jelas bagi orang yang pertama kali berjumpa dengan Maniam ialah dia menyimpan misai yang kecil. (m/s 211)

Mimpi – satu cara imbasan. Dalam mimpi, watak mengalami peristiwa lampau atau akan datang secara tidak disedari. Peristiwa itu akan disedari setelah terjaga dari tidur.
·         Ketika itu orang baru turun ke sawah. Di merata-rata petak orang bekerja. Ada yang berdua, bertiga satu petak, ada pula yang seorang sahaja. ……. Dengan cepat dia bangun. Dilihat suaminya sudah menelungkup.            (m/s 32,33)

peNgaJaRan


Kita hendaklah berlaku jujur dan tidak menabur fitnah agar tidak menyusahkan orang lain.
-          Suppiah telah menfitnah Maniam bahawa dia telah meninggalkan isterinya dan merantau ke Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan Maniam diusir dari kampung oleh penduduk kampung.

Kita mestilah bersatu padu demi mengekalkan keamanan negara.
Kita haruslah menghargai pengorbanan pejuang negara memerdekakan negara.
-          Yew Seng dan Poh Eng yang berbangsa Cina menganggotai gerombolan untuk membebaskan negara dari tangan Jepun.
-          Inspektor Ramakrisynan yang berbangsa India berkhidmat sebagai polis dan berusaha mengekalkan keamanan negara.
-          Beberapa orang penduduk kampung bergilir-gilir mengawal kampung pada waktu malam.

Kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu arah memperoleh kejayaan.
-          Maniam, Kim Lock dan Cing Huat telah merantau dan terpaksa meninggalkan keluarga demi mencari wang.
-          Kim Lock pernah bekerja sebagai penarik lanca dan kuli mengangkat najis yang memenatkan sebelum berjaya membeli sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan.

Kita mestilah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita.
-          Seman amat menyayangi ibunya dan berusaha menjaga ibunya selepas kematian bapanya.
-          Seman berasa amat sedih dan turut mengikut ibunya ke bandar apabila Mak Limah ditangkap oleh orang Jepun. Seman berdoa agar ibunya selamat.
-          Malini tidak berani melawan cakap bapanya, Perumal yang telah menjaganya sejak kecil. Dia hanya menurut segala perintah bapanya walaupun terpaksa berpisah dengan suaminya, Maniam.
-          Inspektor Ramakrisynan berusaha menyelamatkan Maniam yang ditangkap oleh orang Jepun setelah mengetahui bahawa Maniam adalah bapanya.